Monday, August 31, 2009

tenungkanlah

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

tanggal 31 Ogos 1957 yg lalu...
dgn megah dan banganya rakyat Malaysia melaungkan kata keramat tersebut..
kerana pada masa itulah bebasnya tanah air dari cengkaman anjing2 penjajah..
tiada lagi tindasan dari British...
rakyat tidak lagi dikerah keringat mereka untuk bekerja bagi penjajah...
mereka sudah bebas merdeka....
bebas...bebas...bebas...
dan itulah detik paling bersejarah dalam hidup mereka...


kini...
Malaysia negara kita masih bebas...
rakyat bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan..
tiada tindasan dan deraan seperti sebelum 52 thun dahulu...
ya,Malaysia memang sebuah negara yang bebas...


rakyat kita bebas....
bebas beragama...
bebas berpakaian...
bebas berpolitik...
dan bebas pergaulannya...

bebas pergaulan???
adakah ini suatu yang bagus...atau sebaliknya...
baguskah jika anak2 sekarang terutamanya anak gadis keluar malam
jmpa rakan sehingga lupa jalan untuk pulang kerumah???
adakah bagus jika pergaulan mereka terlalu bebas sehingga si gadis tidak segan2 membiarkan teman lelaki memegang dan meraba2 tubuh mereka...
banggakah kita jadi rakyat yang bebas merdeka ini sekiranya anak2 kita tidak kenal lagi adab2,berfoya2 sesuka hati mereka tidak kira masa??
megahkah kita jika ramai gadis2 tanpa rasa bersalah dan malu membiarkan si lelaki meneroka setiap inci tubuh badan mereka??


inikah kebebasan yang selalu kita bangga dan gempar gempurkan???
pastinya golongan2 veteran akan menggeleng mendengar pertanyaaan ini..
ini bukanlah kemerdekaan dan kebebasan yang mereka maksudkan dlu...
kebebasan yang mereka maksudkan adalah kebebasan untuk membangunkan diri,,untuk membangunkan tanah air...
bukannya untuk memundur dan menjatuhkan negara sendiri...

mungkin remaja2 sekarang akan mengatakan ini pemikiran yang kolot...
sampai bila kita ingin duduk di takuk yang lama jika kita tidak membuat perubahan...

tapi ini bukanlah perubahan yang diperlukan jika pakaian jadi semakin singkat dan kelihatan seperti tidak mencukupi kain..
perlukah semua ini untuk membangunkan negara kita yang tercinta ini??

rasanya rakyat sekarang sudah semakin matang...
sudah tahu berfikir sendiri...
mana yang benar dan mana yang salah sangat mudah untuk dibezakan...

saya berkata begini bukan dengan tujuan untuk merendah dan menjatuhkan mana2 pihak...
juga tidak menujukan artikel ini kepada golongan tertentu...
ckuplah sekiranya ianya dijadikan sekadar bahan bacaan yang boleh menyedarkan...
dan boleh dijadikan pedoman jika perlu...
hayati dan fikir2kan...
haruskah terjadinya semua ini dalam agenda untuk memajukan diri dan negara????
tenung2kanlah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails